Pengenalan
Pengenalan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah
Pusat pengajian tahfiz Al Quran As-Syatibiyah dahulunya bertapak di Masjid Bandar Kota Kinabalu yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat gereja kristian. Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini telah mendapat persetujuan dari Y.D.P U.S.I.A Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Sakaran Bin Dandai untuk di pindahkan dari Masjid Al-Hidayah Kampung Bunga Raya yang berstatus kampung setinggan ke Masjid Bandar Kota Kinabalu.Tujuan perpindahan ini bagi membuat persediaan awal untuk aktiviti pengajian tahfiz berjalan lancar kerana Kampung Bunga Raya akan dirobohkan
bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa K.K.I.A Kota Kinabalu pada tahun 2008 sehingga tahun 2022. Kini madrasah ini telah berpindah ke Kampung Kalansanan Inanam. Perpindahan ini pada mulanya merupakan perpindahan sementara (2022) di mana Pihak USIA telah mengarahkan kami berpindah dari Masjid Bandar Kota Kinabalu atas alasan pembaik pulihan masjid. Namun sehingga awal 2023 iaitu setahun selepas perpindahan sementara itu tiada sebarang makluman untuk
memulakan pengajian di masjid Bandar Kota Kinabalu, pihak madrasah telah mengambil keputusan untuk bermesyuarat bersama AJK Masjid Kampung Kalansanan untuk memulakan pengajian di kawasan Kampung ini. Dengan
persetujuan AJK Masjid Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran As-Syatibiyah telah memulakan pengajian di Kawasan Kampung Kalansanan, Inanam. Penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As Syatibiyah ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana- mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada Amar Makruf Nahi Munkar atau mengajak kepada kebaikan mencegah daripada melakukan kemungkaran yang mana
penubuhannya adalah atas dasar Iman, amal dan taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa Pusat Pengajian Tahfiz Al-Al Quran As Syatibiyah ini bukanlah milik individu tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah. Disamping itu penubuhan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As Syatibiyah ini dapat mengimarahkan masjid dan surau-surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran Berhalaqah setiap hari terutama dalam bulan-bulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat mengambil faedah kerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama pelajar tersebut
OBJEKTIF PENUBUHAN
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini di wujudkan untuk
menembahkan bilangan golongan Para tahfiz di negeri ini khasnya dan
seluruh negara amnya. Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini
sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan AlQuran Serta pengajian ilmiah untuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini juga akan dapat mencapai
matlamat berikut:
- Melahirkan para pelajar yang boleh membaca dan menghafal Al-Quran
dengan cara yang terbaik. - Melahirkan para hufaz dan ulama’ yang bertakwa, berterampilan dan
diikitiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara. - Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam
kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini. - Untuk mengimarahkan masjid dengan program Al-Quran dan pengajian ilmu
Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara praktikal untuk seluruh alam,adalah tanggungjawab setiap orang Islam.
DASAR PENDIDIKAN
- Melahirkan para Huffaz yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran dengan sebutan yang fasih dan tartil tanpa terlupa dan tersilap.Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan ahkamnya.
- Melahirkan para Fuqaha’yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalildalil usul syarie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia. Mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas di dalam. Segala bidang
ilmu Islam terutamanya dalam hukum Syarak. - Melahirkan para huffaz dan ulama’yang bertakwa dengan penghayatan AsSunnah di dalam kehidupannya sebagai daie ke seluruh alam.
GURU-GURU TAHFIZ / MUALLIM
Guru-guru tahfiz dan muallim yang berpengalaman luas dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan dan mengurus secara telus dan bijak.Mereka bertugas sepenuh masa di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah ini. Guru guru ini adalah merupakan bekas pelajar dari pusat pengajian dan keluaran Madrasah Tahfiz Al-Quran Kubang Bujuk dan muallimnya kelulusan Diploma Al-Quran dan Qiraat Al-Azhar mesir serta berkerayatan warganegara Malaysia
PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ
Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran As-Syatibiyah ini telah mula menerima pelajarpelajar yang memenuhi syarat dari seluruh negeri sabah. Pelajar lelaki berumur 9 tahun ke atas dan boleh membaca jawi adalah layak untuk belajar di sini. Pendaftaran kemasukan untuk pelajar hafiz di buka sepanjang tahun